Friday 12 June 2015

Pemberitahuan : Waktu Operasi WM's Kitchen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada semua pelanggan/pembaca yang dihormati. Adalah seperti maklum, WM by Wanie Maya beroperasi setiap masa, dan kami akan beritahu bila kami bercuti. 

Oleh yang demikian sila baca dan fahamkan waktu operasi dan cara kami beroperasi :)

1. Oleh kerana kami juga masih mempunyai komitmen lain, kami meminta kerjasama daripada para pelanggan  dan diharap para pelanggan dapat menghubungi kami melalui SMS/ Whatsapp/ Email terlebih dahulu. InsyaAllah kami akan balas. 

2. Melalui whatsapp/email/sms akan memudahkan kami untuk mencatat nota/order yang diperlukan.

3. Butiran yang diperlukan untuk whatsapp/sms/email ialah :
a. Nama Penuh / contact number
b. Tarikh & masa untuk majlis/order diperlukan
c. Delivery (Lokasi) / Pick up 
d. Jenis tempahan / kuantiti

4. Untuk stock makanan frozen, walk-in adalah tidak digalakkan sebab kami buat daily basis and jarang simpan stock yang banyak.

5. Untuk pembelian lebih dari 5 pack harap boleh whatsapp and confirmkan stock dulu. Tapi boleh cuba nasib, kot-kot kami ada buat lebih, rezeki la tu ;)

6. Pick-up :
Pick-up adalah amat digalakkan dan dialu-alukan. Lokasi kami adalah di kawasan perumah Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam. (area Proton, exit tol USJ/Putra Heights, atau dari Federal Highway) . InsyaAllah lokasi rumah kami senang dicari.

7. Delivery (Penghantaran) / Caj bayaran :

Harap maklum kami akan mengenakan caj tambahan bagi setiap penghantaran:*

Zone
Area/ Kawasan
Caj Tambahan (RM)
Shah Alam
Seksyen 26,27,28 & Putra Heights
PERCUMA
Shah Alam (tidak termasuk TTDI Jaya/Bukit Jelutong/Setia Alam)
Selain dari area yang disebutkan di atas  & Padang Jawa
RM8 ~ RM15
Setia Alam / TTDI Jaya / Bukit Jelutong/ Klang / Puchong/ USJ / Subang Jaya
RM15 ~ RM20
Kelana Jaya / Petaling Jaya
RM20  ~ RM25
Putrajaya / Cyberjaya 
RM20 ~ RM25
Kuala Lumpur atau kawasan sekitar Lembah Kelang
RM30 dan ke atas

*Nota : Untuk delivery/penghantaran pula bergantung kepada keadaan semasa. Kemungkinan besar kami akan gunakan khidmat runner.

8. Pembayaran 

a. Bagi khidmat delivery yang akan menggunakan perkhidmatan "runner" , pembayaran hendaklah dibuat melalui online transfer/cash deposit ke akaun kami sebelum menerima barang.
b. Bagi yang pick-up , pembayaran boleh dibuat semasa mengambil barang
c. Untuk tempahan yang melebihi RM100, deposit sebanyak 50% akan dikenakan. Ini bagi mengelakkan berlaku kerugian di pihak kami jika tempahan dibatalkan di saat akhir.

Berikut adalah butiran untuk menghubungi kami  :

SMS/Whatsapp : +60173617846 (Cik Wanie)  / +60173146951 (Cik Maya)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Instagram : @wmbywaniemaya
Facebook : WM by Wanie Maya