Friday 30 January 2015

Feedback from customer

Ni antara feedbacks yang kami terima dari customer. Alhamdulillah, thank you for your support ya ^_^

Feedback from Kak Myza (Proton) untuk Breakfast mealbox bihun goreng

Feedback from Ayu (Shah Alam) for Karipap Sardine

Feedback from Kak Myza 
Feedback from Taana at twitter for Cucur Badak
Feedback from Cik Muzie di Instagram  :)

Ada juga kami terima komen macam inti karipap tu agak termanis sikit. But still customer kata sedap. InsyaAllah mana yang perlu perbaiki kami akan improve. Sebarang komen dan feedback kami terima dengan hati terbuka :)

Thank you for your continuous support! ^_^

Love,
WM

Thursday 29 January 2015

WM's Kitchen Breakfast Mealbox

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, mini project kitorang dah start for WM's Kitchen Breakfast Mealbox. Kita start sikit-sikit dulu ya, since admin chef pun bekerja so kitorang boleh delivery area Proton COE (Jalan TP2/Jalan TP5) sahaja itupun sebelum jam 7.50am.

InsyaAllah kitorang akan buat 3 days mealbox dalam seminggu. Isnin, Rabu & Jumaat. Menu lain-lain. Lepas ni menu akan diupload 2 hari awal untuk sebarang order.

Ni contoh menu untuk Jumaat 30 January 2015.




And Alhamdulillah, everything goes well. Jangan lupa like FB Page WM by Wanie Maya for updates ya. 

All set


Packed and ready to go

WM's Kitchen : Homemade Popiah Basah & Popia Goreng Frozen Shah Alam

Assalamualaikum.

Rasanya popia basah ni femes kalau time-time bulan puasa kat bazaar ramadhan, takpun pasar malam kan. Tapi kalau ada siapa-siapa teringin, berminat nak order popia basah ni. InsyaAllah kami ada sediakan dengan order minimum 30pcs (RM15).

Kulit popia dibuat sendiri di rumah (ramuan : tepung gandum, garam, putih telur). Inti pun dimasak sendiri (ramuan : sengkuang, carrot, bawang putih, garam, gula, serbuk kunyit). Jadi InsyaAllah bersih dan halalan toyyiban. Hehehe.

Dan kalau ada yang berminat untuk popia goreng, kami ada buat Popia goreng frozen. Sedap dan kulitnya rangup. Walaupun bila sejuk :)

Harga Jualan :

Popiah Basah : RM0.50 sebiji (minimum order 30 biji)
Popiah Goreng Frozen : RM4.00 (10 biji)


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Wednesday 28 January 2015

www.wmbywaniemaya.com

Alhamdullilah, akhirnya officially page ni dah jadi


Thank you for the support ^^

Love,
Wanie & Maya

Friday 23 January 2015

WM's Kitchen : Puding Roti Dengan Sos Kastad & Cottage Pie (Shah Alam)

Assalamualaikum & Selamat Pagi!




Wah, gigih hari ni admin update blog pepagi. Alhamdulillah, ada penambahan produk terbaru WM's Kitchen. Memperkenalkan Puding Roti bersama Sos Kastad dan juga Cottage Pie.

Puding Roti & Sos Kastad.



Mini size (besar tapak tangan)


Puding roti yang dibakar, menggunakan susu rendah lemak dan juga gula perang. InsyaAllah, rasanya just nice tak manis sangat. Ramuannya ialah roti sandwich, susu rendah lemak, susu cair, gula perang telur dan juga serbuk kayu manis. Dibuat sendiri di rumah (homemade) dengan penuh kasih sayang. Ecewah :p

*Harga Jualan : 
RM25 sebekas (tray aluminium 8" x 8")
RM5 untuk bekas kecil (minimum order 5 pack)

Crustvatas Cottage Pie
Yang ni kiranya one of favourite admin and family. Sesuai untuk majlis-majlis simple macam barbecue ke atau kita nak kelainan untuk menu majlis kita boleh cuba ni. InsyaAllah sedap jugak (semua puji sendiri :p). Ramuannya, kentang, daging cincang, tomato puree, carrot,bawang. Tiada perasa tambahan. Antara signature WM's Kitchen adalah kami tak gunakan serbuk perasa atau MSG dalam masakan kami :)








*Harga Jualan :
RM25 sebekas (tray aluminium 8" x 8")
RM5 untuk bekas kecil (minimum order 5 pack)

*Harga tidak termasuk charge delivery 


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Thursday 22 January 2015

WM's Kitchen : Murtabak Frozen Shah Alam

Okay, ni nak habaq. Blog ni kita sembang santai-santai je la ya. Hari Selasa lepas, malam tu tetiba mama kata ada tetamu nak datang plak, ada meeting ke apa kat rumah. Memikir jugak nak jamu makan apa kan. 

Nasib baik ada stock lagi frozen murtabak dengan karipap. Jadi, panaskan je murtabak tu dengan goreng karipap. Hidang dengan teh o. Siap ^_^




Murtabak ni ada dua jenis, satu kambing satu lagi daging. Dua-dua sedap. Tapi paling win, highly recommended Murtabak kambing la. Tak bau pun, jangan risau. 

Simple je nak panaskan murtabak ni, kalau betul-betul beku. Kita panaskan dulu atau defrost dia dalam microwave. Lepas tu, atas kuali, panaskan minyak atau minyak sapi sikit. Butter pun boleh, masak dia sampai dah agak tukar warna golden brown and garing. Boleh hidang dengan jeruk bawang atau kuah kari.


Resipi jeruk bawang
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 atau 2 sudu teh cuka epal/cuka masakan
3 sudu besar sirap 

Gaulkan.

Murtabak WM's Kitchen ni ada dua lapisan. Kalau korang perasan, tengah tu ada lapisan kulit lagi. Lepas tu luar tu kita salut lagi sekali. Inti dia daging/kambing cincang, telur, bawang dan garam. Tu je. Tak ada perisa tambahan. #noMSG.

Murtabak ni dah memang dimasak betul. Jadi kita tinggal panaskan je.


Murtabak Daging

Harga Jualan : RM5.50 sekeping


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Thursday 15 January 2015

WM's Kitchen : Homemade Cucur Badak Frozen Shah Alam

Siapa minat cucur badak angkat tangan! Okay, cucur badak rasanya adalah kuih paling win zaman berzaman. Satu sebab susah nak carik. Bentuk toksah cerita la kan, macam-macam ada. Ada bulat besar, bulat kecik, leper. Tapi yang penting asasnya sama. Ubi keledek dengan inti kelapa.

Kepada yang suka makan, minat cucur badak ni. Toksah risau, sebab yer lah. Kadang-kadang nak makannya sikit, tapi proses membuat tu boleh tahan. 

Dipendekkan cerita, WM's Kitchen ada menjual Homemade Cucur Badak Frozen. Kami menggunakan ubi keledek merah yang direbus menggunakan pressure cooker. Jadi rasa manis keledek tu tak hilang. Untuk inti pula kami gunakan kelapa yang diparut sendiri dan dimasak dengan rempah ratus serta ramuan yang segar dan sedap. Orang kata, kira makan tu just nice. InsyaAllah.


Review dari customer. Comel kan dia goreng! :p




Harga jualan :

RM4.00 (10 biji) 


Kami juga menerima tempahan untuk cucur badak yang siap digoreng iaitu RM0.45 sebiji. 


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM


Tuesday 13 January 2015

WM's Kitchen : Homemade Karipap Frozen Shah Alam

Homemade Karipap frozen tanpa menggunakan perasa tambahan (NO MSG). 

Ada tiga jenis inti :
1. Inti Daging + Kentang
2. Inti Kentang (manis-manis sikit)
3. Inti Sardine (pedas-pedas)

Karipap frozen dibakar 3 suku masak bagi mengekalkan bentuk dan rasa. Hanya perlu panaskan minyak dan goreng sampai golden brown gitu. Tapi dinasihatkan minyak jangan panas sangat, nanti hasil gorengan tak cantik.


Harga jualan :

Karipap Frozen : RM3.50 (10 biji)
Dah siap goreng RM0.40 sebiji



Kami juga ada menyediakan perkhidmatan delivery di sekitar :
Shah Alam, Putra Heights, Putrajaya, Cyberjaya, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Tertakluk kepada keadaan dan waktu. Dan charges penghantaran akan dikenakan. 
*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM


WM's Kitchen : Homemade Roti Jala Shah Alam



Kami ada menjual Freshly Homemade Roti Jala. Kepada yang nak tau, bahan-bahan yang kami gunakan adalah tepung gandum, telur, air, garam dan sedikit pewarna makanan. InsyaAllah tahan lama dan tak mudah basi. Kalau tak habis, boleh simpan dalam peti ais dan kukus semula :)



Kebiasaannya, kami akan buat roti jala pada hari yang sama untuk tempahan. Ini bagi memastikan kualiti rasa dan roti jala yang dapat tu fresh dan lembut.



Kami juga ada menyediakan tempahan berserta kuah kari ayam atau kuah durian. Kami juga tidak menggunakan sebarang perasa tambahan (No MSG) dalam masakan kami.





Kami juga ada menyediakan perkhidmatan delivery di sekitar :
Shah Alam, Putra Heights, Putrajaya, Cyberjaya, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Tertakluk kepada keadaan dan waktu. Dan charges penghantaran akan dikenakan. 
Tempahan digalakkan untuk dibuat seawal 3 hari awal. 

*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Recap Activity WM by WanieMaya's Team

Assalamualaikum semua!

Kami saja nak recap apa activity WM by WanieMaya Team sejak dua menjak ni. Fyi, untuk food product kami guna nama WM's Kitchen. So senang nak kenal macam tu. Hehe.

Untuk pengetahuan semua, kami dah ada new range of food product. Antaranya ialah,

1. Roti Jala (RM15 - 50pcs / RM25 - 100pcs)
2. Kuih Seri Muka (RM0.40 sebiji)
3. Pau inti Daging / Kaya (RM0.60 sebiji)
4. Popia goreng inti kentang (RM4.00 per pack - 10 pcs)
5. Sandwiches (RM1.80 per set)
6. Popia Basah (RM0.50 sebiji)

Dan kami juga akan menyediakan :
1. Pulut Kuning (RM30 , 1kg) & Rendang (RM30 , 1 ekor ayam)
2. Nasi impit, sayur lodeh (RM45) + sambal sotong ( RM20)
3. Packed food (Nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, bihun goreng, mee goreng)

InsyaAllah buat masa sekarang kami akan tumpukan dengan produk-produk ni dahulu. Karipap frozen yang lain, ada seperti biasa. Kalau ada berminat boleh contact kami! :)

Ni gamba-gamba delivery/pick up order from customers.


Roti Jalan + Kuah Kari Ayam + Kuah Durian

Sandwiches pack untuk office meetings

Sandwich, Karipap, Popia Basah & Kuih seri muka

Sandwiches ( RM1.80 per set boleh pilih potong 4 atau potong 2)

Kuih Seri Muka (RM0.40 sebiji)

Roti Jala RM15 - 50pcs / RM25 - 100pcs



Karipap dah siap goreng RM0.40

Karipap Frozen RM3.50 (10pcs)

Sandwich RM1.80 per set (Sardine/Telur)

Kalau ada yang berminat nak order atau untuk pertanyaan lanjut boleh call/whatsapp kami di +60173617846.

Terima kasih!


Name Card Printing - Sixma Colors Plaza Alam Sentral Shah Alam

Assalamualaikum.

Ni nak share tempat print name card. But sebelum tu nak share design yang adik suereya saya buatkan. Gigih tau budak ni siapkan satu malam je. Dah la tengah final exam, tapi kerana kesiankan kat kakak dia ni, dia buat jugak. Adik, I love you to the moon and back. Mwaahhs~




Okay, design dan gamba ni hakmilik cipta terpelihara. Mohon jangan tiru or re-print or apa sahaja gamba ni. Simple kan? Saya mintak dia buat design doodle-doodle. Black and white (jimat and simple). So ini hasilnya. Kalau ada berminat nak design macam ni, boleh leave a comment.Nanti saya bagi details. Bayaran tertakluk kepada tuan punya badan. Mestilah ada bayaran kan, mana ada free :)

Dah ada design, tempat nak printing plak adalah kat Plaza Alam Sentral. Nama kedai tu SIXMA COLOUR . Lokasi dia kat level LG (satu level dengan The Store Supermarket, kat area-area kedai game). Dia berdepan dengan kedai print t-shirt tak silap. Tapi kedai tepi-tepi la. 


Macam name card yang kitorang print ni harga dia RM15 sekotak. Sebab dia black and white and kitorang amik art card je. Kalau colour RM25 sekotak. Yang best kedai ni, Dia takde minimum order. Macam sesetengah tempat nak 2 kotak each. And kualiti printing pun bagus. Yang penting cepat siap. Details ada kat bawah ni, boleh tengok facebook diorang skali :)



SIXMA COLOUR owned by sixma niaga

Lot 20, Aras LG (The Store) Plaza Alam Sentral



Jln Majlis, Sek 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 - 5519 0719    H/P: 012-2252 994

Okay, bye! :)

Sticker Printing - Az Sticker Shah Alam

Bak kata pepatah Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Cewah. Ni nak share mana kitorang (Geng WM) buat sticker printing.

Macam kitorang kat WM ni mengamalkan konsep keserdahanaan, lagipun business baru nak mula. So mula dengan bajet-bajet dulu lah. Tapi nampak kemas and cantik. So kami decide buat silver sticker printing je. Lagipun jual frozen food, sticker jenis kertas ni tak sesuai sangat.

Harga berpatutan, kualiti bagus and macam biasa. Cepat siap. Hahahah. Maaflah, kami ni spesis manusia kurang bersabar bab-bab ni. Lagipun banyak yang terkujat-terkujat nak urgent. Tapi korang kalau nak order, bagitau awal lah. Sebab masa siap dalam 3-4 hari macam tu :)



Yang ni, design semua diorang buat. Charges tak sure, kalau simple-simple tak banyak songeh free rasanya. Kot :p. Tapi kalau macam complicated sikit, ada lah chargesnya. Tu boleh refer kat diorang.

So ni hasil sticker design kitorang. Basically untuk labelling je la dulu. Az Sticker pun ada buat jenis lain untuk thanks sticker , branding yang colour-colour pun ada. Macam-macam bentuk.

Details seperti di bawah :


Location kat Seksyen 4 Shah Alam. Items dah siap boleh pos or boleh pick up. Maklumat lanjut boleh refer owner k :)


Friday 9 January 2015

WM WANIEMAYA ENT. (SA0322579-X)

Assamualaikum!



Alhamdulillah, kami nak informed yang WM by WanieMaya dah berjaya didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkuatkuasa 6 Januari 2015

Nama Syarikat : WM WanieMaya Enterprise
No pendaftaran : SA0322579-X

Jadi lepas ni, tak perlu ragu-ragu kalau nak berjual beli dengan kami. InsyaAllah, we served our customer the best :)

Jangan lupa like Facebook & Instagram kami untuk latest update ya!

Facebook : www.facebook.com/wmbywaniemaya (or search WM by WanieMaya)
Instagram : @wmbywaniemaya

Love,
WM