Nasib baik ada stock lagi frozen murtabak dengan karipap. Jadi, panaskan je murtabak tu dengan goreng karipap. Hidang dengan teh o. Siap ^_^
Murtabak ni ada dua jenis, satu kambing satu lagi daging. Dua-dua sedap. Tapi paling win, highly recommended Murtabak kambing la. Tak bau pun, jangan risau.
Simple je nak panaskan murtabak ni, kalau betul-betul beku. Kita panaskan dulu atau defrost dia dalam microwave. Lepas tu, atas kuali, panaskan minyak atau minyak sapi sikit. Butter pun boleh, masak dia sampai dah agak tukar warna golden brown and garing. Boleh hidang dengan jeruk bawang atau kuah kari.
Resipi jeruk bawang
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 atau 2 sudu teh cuka epal/cuka masakan
3 sudu besar sirap
Gaulkan.
Murtabak WM's Kitchen ni ada dua lapisan. Kalau korang perasan, tengah tu ada lapisan kulit lagi. Lepas tu luar tu kita salut lagi sekali. Inti dia daging/kambing cincang, telur, bawang dan garam. Tu je. Tak ada perisa tambahan. #noMSG.
Murtabak ni dah memang dimasak betul. Jadi kita tinggal panaskan je.
![]() |
Murtabak Daging |
Harga Jualan : RM5.50 sekeping
*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee
Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)
Terima kasih.
xoxo,
WM