Tuesday 13 January 2015

Name Card Printing - Sixma Colors Plaza Alam Sentral Shah Alam

Assalamualaikum.

Ni nak share tempat print name card. But sebelum tu nak share design yang adik suereya saya buatkan. Gigih tau budak ni siapkan satu malam je. Dah la tengah final exam, tapi kerana kesiankan kat kakak dia ni, dia buat jugak. Adik, I love you to the moon and back. Mwaahhs~




Okay, design dan gamba ni hakmilik cipta terpelihara. Mohon jangan tiru or re-print or apa sahaja gamba ni. Simple kan? Saya mintak dia buat design doodle-doodle. Black and white (jimat and simple). So ini hasilnya. Kalau ada berminat nak design macam ni, boleh leave a comment.Nanti saya bagi details. Bayaran tertakluk kepada tuan punya badan. Mestilah ada bayaran kan, mana ada free :)

Dah ada design, tempat nak printing plak adalah kat Plaza Alam Sentral. Nama kedai tu SIXMA COLOUR . Lokasi dia kat level LG (satu level dengan The Store Supermarket, kat area-area kedai game). Dia berdepan dengan kedai print t-shirt tak silap. Tapi kedai tepi-tepi la. 


Macam name card yang kitorang print ni harga dia RM15 sekotak. Sebab dia black and white and kitorang amik art card je. Kalau colour RM25 sekotak. Yang best kedai ni, Dia takde minimum order. Macam sesetengah tempat nak 2 kotak each. And kualiti printing pun bagus. Yang penting cepat siap. Details ada kat bawah ni, boleh tengok facebook diorang skali :)



SIXMA COLOUR owned by sixma niaga

Lot 20, Aras LG (The Store) Plaza Alam Sentral



Jln Majlis, Sek 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 - 5519 0719    H/P: 012-2252 994

Okay, bye! :)