Friday 21 August 2015

WM's Kitchen : Rutin

Assalamualaikum semua.

Ni saja kami nak cerita, sebab kadang-kadang ada yang tanya, time hari kerja ni (ya kami masih bekerja makan gaji) bila kami masak kalau ada order. Malam ke?

Hehehe. Kami tak masak malam, kecuali makanan tu memang yang jenis tahan lama macam sambal, rendang daging. Yang mana-mana berkuah tu semua kami masak pagi. Seawal 3.00pagi. Sebab tu ada yang customer dapat kuah kari ayam panas-panas lagi bekas tu.

Ni cara kami set alarm nak bangun pagi. hehehe

InsyaAllah kami akan pastikan kualiti yang terbaik untuk pelanggan kami. Yang penting kami masak tak pakai ajinomoto / perasa MSG . Semuanya kami balance penggunaan gula dan garam sahaja.

Nanti ada masa, kami share resipi pulak na.

Tata!

WM