Friday, 30 January 2015

Feedback from customer

Ni antara feedbacks yang kami terima dari customer. Alhamdulillah, thank you for your support ya ^_^

Feedback from Kak Myza (Proton) untuk Breakfast mealbox bihun goreng

Feedback from Ayu (Shah Alam) for Karipap Sardine

Feedback from Kak Myza 
Feedback from Taana at twitter for Cucur Badak
Feedback from Cik Muzie di Instagram  :)

Ada juga kami terima komen macam inti karipap tu agak termanis sikit. But still customer kata sedap. InsyaAllah mana yang perlu perbaiki kami akan improve. Sebarang komen dan feedback kami terima dengan hati terbuka :)

Thank you for your continuous support! ^_^

Love,
WM

Thursday, 29 January 2015

WM's Kitchen Breakfast Mealbox

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, mini project kitorang dah start for WM's Kitchen Breakfast Mealbox. Kita start sikit-sikit dulu ya, since admin chef pun bekerja so kitorang boleh delivery area Proton COE (Jalan TP2/Jalan TP5) sahaja itupun sebelum jam 7.50am.

InsyaAllah kitorang akan buat 3 days mealbox dalam seminggu. Isnin, Rabu & Jumaat. Menu lain-lain. Lepas ni menu akan diupload 2 hari awal untuk sebarang order.

Ni contoh menu untuk Jumaat 30 January 2015.




And Alhamdulillah, everything goes well. Jangan lupa like FB Page WM by Wanie Maya for updates ya. 

All set


Packed and ready to go

WM's Kitchen : Homemade Popiah Basah & Popia Goreng Frozen Shah Alam

Assalamualaikum.

Rasanya popia basah ni femes kalau time-time bulan puasa kat bazaar ramadhan, takpun pasar malam kan. Tapi kalau ada siapa-siapa teringin, berminat nak order popia basah ni. InsyaAllah kami ada sediakan dengan order minimum 30pcs (RM15).

Kulit popia dibuat sendiri di rumah (ramuan : tepung gandum, garam, putih telur). Inti pun dimasak sendiri (ramuan : sengkuang, carrot, bawang putih, garam, gula, serbuk kunyit). Jadi InsyaAllah bersih dan halalan toyyiban. Hehehe.

Dan kalau ada yang berminat untuk popia goreng, kami ada buat Popia goreng frozen. Sedap dan kulitnya rangup. Walaupun bila sejuk :)

Harga Jualan :

Popiah Basah : RM0.50 sebiji (minimum order 30 biji)
Popiah Goreng Frozen : RM4.00 (10 biji)


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Wednesday, 28 January 2015

www.wmbywaniemaya.com

Alhamdullilah, akhirnya officially page ni dah jadi


Thank you for the support ^^

Love,
Wanie & Maya

Friday, 23 January 2015

WM's Kitchen : Puding Roti Dengan Sos Kastad & Cottage Pie (Shah Alam)

Assalamualaikum & Selamat Pagi!




Wah, gigih hari ni admin update blog pepagi. Alhamdulillah, ada penambahan produk terbaru WM's Kitchen. Memperkenalkan Puding Roti bersama Sos Kastad dan juga Cottage Pie.

Puding Roti & Sos Kastad.



Mini size (besar tapak tangan)


Puding roti yang dibakar, menggunakan susu rendah lemak dan juga gula perang. InsyaAllah, rasanya just nice tak manis sangat. Ramuannya ialah roti sandwich, susu rendah lemak, susu cair, gula perang telur dan juga serbuk kayu manis. Dibuat sendiri di rumah (homemade) dengan penuh kasih sayang. Ecewah :p

*Harga Jualan : 
RM25 sebekas (tray aluminium 8" x 8")
RM5 untuk bekas kecil (minimum order 5 pack)

Crustvatas Cottage Pie
Yang ni kiranya one of favourite admin and family. Sesuai untuk majlis-majlis simple macam barbecue ke atau kita nak kelainan untuk menu majlis kita boleh cuba ni. InsyaAllah sedap jugak (semua puji sendiri :p). Ramuannya, kentang, daging cincang, tomato puree, carrot,bawang. Tiada perasa tambahan. Antara signature WM's Kitchen adalah kami tak gunakan serbuk perasa atau MSG dalam masakan kami :)








*Harga Jualan :
RM25 sebekas (tray aluminium 8" x 8")
RM5 untuk bekas kecil (minimum order 5 pack)

*Harga tidak termasuk charge delivery 


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Thursday, 22 January 2015

WM's Kitchen : Murtabak Frozen Shah Alam

Okay, ni nak habaq. Blog ni kita sembang santai-santai je la ya. Hari Selasa lepas, malam tu tetiba mama kata ada tetamu nak datang plak, ada meeting ke apa kat rumah. Memikir jugak nak jamu makan apa kan. 

Nasib baik ada stock lagi frozen murtabak dengan karipap. Jadi, panaskan je murtabak tu dengan goreng karipap. Hidang dengan teh o. Siap ^_^




Murtabak ni ada dua jenis, satu kambing satu lagi daging. Dua-dua sedap. Tapi paling win, highly recommended Murtabak kambing la. Tak bau pun, jangan risau. 

Simple je nak panaskan murtabak ni, kalau betul-betul beku. Kita panaskan dulu atau defrost dia dalam microwave. Lepas tu, atas kuali, panaskan minyak atau minyak sapi sikit. Butter pun boleh, masak dia sampai dah agak tukar warna golden brown and garing. Boleh hidang dengan jeruk bawang atau kuah kari.


Resipi jeruk bawang
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 atau 2 sudu teh cuka epal/cuka masakan
3 sudu besar sirap 

Gaulkan.

Murtabak WM's Kitchen ni ada dua lapisan. Kalau korang perasan, tengah tu ada lapisan kulit lagi. Lepas tu luar tu kita salut lagi sekali. Inti dia daging/kambing cincang, telur, bawang dan garam. Tu je. Tak ada perisa tambahan. #noMSG.

Murtabak ni dah memang dimasak betul. Jadi kita tinggal panaskan je.


Murtabak Daging

Harga Jualan : RM5.50 sekeping


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Thursday, 15 January 2015

WM's Kitchen : Homemade Cucur Badak Frozen Shah Alam

Siapa minat cucur badak angkat tangan! Okay, cucur badak rasanya adalah kuih paling win zaman berzaman. Satu sebab susah nak carik. Bentuk toksah cerita la kan, macam-macam ada. Ada bulat besar, bulat kecik, leper. Tapi yang penting asasnya sama. Ubi keledek dengan inti kelapa.

Kepada yang suka makan, minat cucur badak ni. Toksah risau, sebab yer lah. Kadang-kadang nak makannya sikit, tapi proses membuat tu boleh tahan. 

Dipendekkan cerita, WM's Kitchen ada menjual Homemade Cucur Badak Frozen. Kami menggunakan ubi keledek merah yang direbus menggunakan pressure cooker. Jadi rasa manis keledek tu tak hilang. Untuk inti pula kami gunakan kelapa yang diparut sendiri dan dimasak dengan rempah ratus serta ramuan yang segar dan sedap. Orang kata, kira makan tu just nice. InsyaAllah.


Review dari customer. Comel kan dia goreng! :p




Harga jualan :

RM4.00 (10 biji) 


Kami juga menerima tempahan untuk cucur badak yang siap digoreng iaitu RM0.45 sebiji. 


*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM