Tuesday, 31 March 2015

WM Giveaway Contest [1]

Assalamualaikum! 

WM by WanieMaya nak buat giveaway. Sebotol Pes Bajet Serbaguna.


***
Hanya perlu Like page WM by WanieMaya di FB

Atau 
Follow Page @wmbywaniemaya di instagram.
***
 Share/Repost post ni di FB/Instagram timeline anda
***
Make sure ada hashtag ‪#‎wmbywaniemaya‬ ‪#‎WMsKitchen‬ dan tag @wmbywaniemaya
***

4.Lepas tu PM kami di FB details anda:
Nama:
Alamat :
Tel:
Email:
***

Giveaway contest bermula 30/3/15 ~ 19/4/15. Pemenang akan diumumkan pada 20/4/15 berdasarkan cabutan bertuah. 
Good luck! 

ps : kalau ada buat special entry or feedback tentang WM ada high chance utk menang ^^

Wednesday, 18 March 2015

[Pengumuman] WM's Kitchen Tidak Beroperasi pada 15.3.15 hingga 17.3.15


[PENGUMUMAN]

WM's Kitchen tidak akan beroperasi pada tarikh di atas. Oleh yang demikian, tiada tempahan akan diambil untuk 3 hari tersebut.
Kami nak balik kampung. Hehehe.

Business kembali seperti biasa pada 18hb Mac 2015.

Terima kasih.

Friday, 6 March 2015

WM's Kitchen : Pulut Kuning Rendang Ayam / Daging / Sambal Bilis Pack - Shah Alam

Assalamualaikum everybody!

Bertemu lagi kita dari ruangan Dapur WM. Seperti yang sedia maklum, WM's Kitchen ada menyediakan Pulut Kuning dan Rendang Ayam untuk tempahan. Boleh rujuk entry ni - klik sini 

Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan :)



Kami nak bagitau jugak, selain ada menyediakan pack besar kami juga menerima tempahan untuk pack kecil. Sesuai untuk sebarang majlis, kot kita nak agih-agihkan ke atau nak sedekah.

Untuk makluman, pulut kuning kami menggunakan pulut susu dan juga santan segar. InsyaAllah lembut dan sedap dimakan. 





Dilapik dengan daun pisang 
Lauk dan pulut berasingan. Siap dengan sudu 




Pick up :
Seksyen 28 Shah Alam 


Kami juga ada menyediakan perkhidmatan delivery di sekitar :
Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Putrajaya, Cyberjaya, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Tertakluk kepada keadaan dan waktu. Dan charges penghantaran akan dikenakan. 
Tempahan digalakkan untuk dibuat seawal 3 hari awal. 

*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Tuesday, 3 March 2015

WM's Kitchen : Candy Buffet Package

Assalamualaikum!

Jika ada yang berminat nak tempah Candy Buffet yang simple-simple untuk sebarang majlis, insyaAllah boleh tempah dengan kami.

Dengan budget bermula dari RM250 insyaAllah boleh dapat Candy Buffet yang diidamkan. Package bergantung kepada jumpa pax dan jenis pilihan yang ada.

Basic Package RM250

Anggaran untuk  70-100 orang
2 kg Chocolate ( for chocolate fountain)
1 kg Marshmallows
1 kg Biscuit Sticks
Fruits (Strawberries / Grapes / Apples)
Jelly / Pudding
Candies 
Lollipop
Paper plates
Tissues
Simple Deco

Item tambahan :
Creampuffs
Mini Cupcakes
Cupcakes
Kuih-muih
Apam polkadot
Doorgift

*Harga tidak termasuk charge penghantaran dan perkhidmatan

Untuk tempahan :
Whatsapp/ Call : +60173617846 / +60173146951




Untuk dapatkan update terkini boleh layari :
Facebook : WM by WanieMaya
Instagram : @wmbywaniemaya

Tuesday, 24 February 2015

WM's Kitchen : Pes Bajet Serbaguna - Shah Alam

Assalamualaikum!

Untuk kaum-kaum ibu atau kaum wanita atau untuk mereka yang suka nak masak tapi tak sempat, kami nak memperkenalkan Pes Bajet : Pes Masakan Serbaguna. *tepuk tangan*

Nama pun serbaguna, diakui sedap dan digunakan oleh admin sendiri time-time suntuk. Paling ideal kalau nak buat sambal tumis, mee goreng, nasi goreng, bihun goreng. Tak payah dah nak nangis-nangis potong bawang, adjust asam , masin, manis, pedas. Semua dah perfect. Tambahkan je satu sudu pes ni, terus jadi lauk.

Kalau siapa yang terer lagi, boleh modified buat spaghetti bolognese, char kuey teow, ikan bakar dan lain-lain. Ramuan pes ni adalah gula, garam, cili kering, cuka. Pes ni dimasak lebih dari 8 jam. So kalau letak luar pun tak apa. No worries. Sebab dah dimasak lama.




Okay, kami share resipi Sambal Petai Ikan Bilis.


Bahan-bahan :
2 gengggam Ikan bilis (dibasuh & tos)
Beberapa biji petai Petai (dihiris)
Bawang besar (hiris *optional)
Pes Bajet Serbaguna

Cara masak :
1. Goreng ikan bilis sehingga garing, angkat dan tos kan
2. Menggunakan kuali yang sama, kurang kan minyak.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris (kalau taknak pun takpe)
4. Masukkan 1 sudu besar PES BAJET SERBAGUNA, masukkan sedikit air (kalau nak berkuah)
5. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul
6. Masukkan petai yang dihiris, gaul dan tutup api.
7. Siap!




Harga Jualan : 
RM15 sebotol 1kg

Postage bergantung kepada jumlah botol

Pick up :
Sekyen 28 Shah Alam, Taman Alam Megah

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan delivery di sekitar :
Shah Alam, Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Putrajaya, Cyberjaya, Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Tertakluk kepada keadaan dan waktu. Dan charges penghantaran akan dikenakan. 
Tempahan digalakkan untuk dibuat seawal 5 hari awal. 

*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

WM's Kicthen : Budget Catering

Assalamualaikum semua! 

Kepada yang dah biasa order dengan WM's Kitchen ni tau la trend dia macam mana kan. Jenis yang order last minute insyaAllah sampai. Tapi... tapi nak habaq la, kalau macam berkelapangan atau stock ada, insyaAllah kitorang tak tolak :)

Kalau nak tau, WM's Kitchen juga ada menyediakan catering secara kecil-kecilan. Kiranya macam kalau ada yang nak buat jamuan, majlis orang dalam 20-100 orang tapi taktau nak masak apa, tak sempat nak masak ke boleh order dengan kitorang.


Bihun goreng untuk 60 orang
Contoh Khamis cuti CNY lepas ada customer order Bihun goreng untuk 60 pax siap dengan air panas (teh tarik) dengan Sirap Bandung. Desserts creampuff. Tuan rumah hanya perlu siapkan tempat dengan pinggan cawan untuk makan minum. Kalau nak kitorang sediakan pun boleh kiranya kena habaq la no.
Rencah ayam, tauhu, telur, carrot dan lain-lain
Harga insyaAllah berpatutan, boleh runding. Macam Teh Tarik tu, kitorang tak pakai serbuk teh biasa, tapi pakai Teh Boh. Sebab nak jaga quality. Prinsip kami, kalau nak bagi orang makan kena sama sedap macam kita sendiri nak makan. :)


Teh Tarik & Sirap Bandung
Yang ni plak, ada customer nak pergi picnic tapi tak sempat nak prepare. Boleh jugak call kitorang, makanan akan di pack dalam tupperware. So senang la nak makan kan.


Small packs
*************************
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Whatsapp/SMS : +60173617846 (Cik Wanie)
Email : wmbywaniemaya@gmail.com
Facebook : WM's Kitchen
Instagram : @misswanniee

Lokasi : Seksyen 28, Taman Alam Megah Shah Alam (area PROTON)

Terima kasih.

xoxo,

WM

Tuesday, 17 February 2015

Recap : Hari Pelanggan di Institut Professional Baitulmal

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, dah selesai pun meniaga kat Hari Pelanggan Institut Professional Baitulmal yang diadakan pada 14hb Februari 2015. 1st time WM meniaga kan. Kali ni pairing up dengan Team Juzy Cafe.

Event start pukul 9.00am. Tapi admin sampai lambat sebab sesat. Pusing-pusing jalan kat KL tu. Derhaka lagi dengan Waze. Hahaha. Elok sampai je, terus setup meja. Letak barang jualan semua.

Memula suspens jugak, takut tak menjadi. Alhamdulillah bisnes jalan. Yang paling laju jalan dulu, popia basah, karipap, dengan snowy creampuff. Tak sangka pun "kuih melayu" jalan dulu. Maybe sebab pagi, orang nak breakfast yang light. 

Memang kali ni kitorang bawak sikit, nak test market. Syukur, dah boleh nampak market macam mana. Lepas ni nak bergiat lebih maju. Hehe.

Wrap up dalam pukul 4 petang. Balik tu admin singgah KL delivery karipap. So rajin-rajin tengok FB and Insta WM ya. Kalau kami ada kawasan berdekatan, delivery for free :)

Jom layan gamba yang sempat amik kat sana. Thank you kepada yang membeli! Sayang korang :)






Tata!