Wednesday 2 September 2015

WM's Kitchen : Cara membuat tempahan melalui SMS/ Whatsapp

Assalamualaikum semua.

Kat sini kami nak bagitau simple steps untuk membuat tempahan melalui SMS/ WhatsApp / Email. Buat masa ni, kami tak terima tempahan melalui phone call. Untung nasib je kami akan jawab call, normally jarang la kot sebab biasanya siang kami busy dekat office and malam time untuk family dan preparation memasak.


Simple ke kan? Hehehe. Kalau yang rasa nak tengok budget dulu pun boleh. Takde masalah. Ramai je customer buat macam tu. Kami pun paham. Maybe lepas tengok menu dengan harga kita boleh adjust kuantiti ke macam mana ke. 

Bagi je kami menu dulu. Pastu bagitau nak delivery ke pick up. If delivery area mana. Lepas tu kalau semua okay, setuju. Boleh proceed dengan payment. 
  1.  Payment method boleh dibuat melalui bank transfer atau cash deposit. 
  2. Untuk order jumlah bawah RM100 , FULL PAYMENT hendaklah dibuat 2 hari sebelum tarikh majlis.
  3. Untuk order jumlah lebih RM100 , deposit 50% akan dikenakan dan hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh majlis. Baki boleh dibuat semasa delivery/pick up.
  4.  Untuk yang nak pick up, FULL PAYMENT hendaklah dibuat 2 hari sebelum tarikh majlis.
Semua ni bagi mengelakkan penipuan atau customer cancel order last minuted. Kami harap customer faham, once order dah lock, kami juga akan lock order untuk customer lain bagi slot tu. Jadi kalau customer last minute nak cancel order, kesian pulak kat yang betul-betul nak buat tempahan.

Sama jugak kalau cancel menu last minute, kami tak galakkan sebab kebiasaan ada sesetengah barang mentah kami dah beli. Jadi kalau cancel, akan jadi kerugian pada kami ;)

So kita semua sama-sama bekerjasama okay? Hehehe. InsyaAllah WM's Kitchen team akan berikan perkhidmatan dan masakan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami. ^_^

Terima kasih kerana menyokong kami.

XOXO
WM